Letak jawatan Horst_Köhler

Pada 31 Mei 2010, Kohler mengumumkan pengunduran dirinya sebagai Presiden Jerman.Beliau telah memaklumkan kepada Cancelor Jerman , Angela Merkel. Ekoran itu, Angela terpaksa membatalkan lawatannya ke Lithuania. [2] Puncanya penglibatan tentera Jerman di luar negeri khususnya di Afghanistan dan luar pantai Somalia. Pada 21 Mei 2010, Kohler dan isterinya singgah di kem tentera Jerman di Mazar-i-Sharif utara Afghanistan selepas melawat Ekspo Dunia di Shanghai,China . Pada Februari 2010, khidmat tentera dilanjutkan dan 850 tentera ditambah. Tentera Jerman ketiga teramai di sana selepas Amerika Syarikat dan Britain. [3]